Euro 2024: Jerman belasah Scotland 5-1
MUNICH – Pasukan Jerman membuka kempen mereka dalam Euro 2024 dengan kemenangan besar menewaskan Scotland 5-1.
Dalam perlawanan Kumpulan A awal pagi tadi, pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ke-10 menerusi jaringan Florian Wirtz diikuti jaringan bintang muda, Jamal Musiala tidak lama kemudian.
Scotland kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Ryan Porteous dibuang padang sejurus sebelum waktu rehat kerana terjahan berbahaya ke atas Ilkay Gundogan.
Kai Havertz kemudiannya dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk tuan rumah selesa mendahului 3-0.
Niclas Fuellkrug merembat masuk gol keempat pada pertengahan babak kedua selepas tampil dari bangku simpanan.
Bagaimanapun kesilapan Antonio Ruediger membolehkan Scotland mendapatkan satu jaringan.
Bagaimanapun, Jerman yang belum lagi puas melengkapkan kemenangan 5-1 menerusi jaringan Emre Can pada lewat perlawanan.
Satu lagi perlawanan Kumpulan A akan berlangsung malam ini di antara Switzerland dan Hungary.