Berita Semasa

Satu lagi LRA bakal dibina untuk tampung bekalan air di selatan Pulau Pinang

SUNGAI BAKAP – Sebuah loji rawatan air (LRA) akan dibina bagi memastikan bekalan air bersih terawat mencukupi di wilayah selatan Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, setelah bertemu pengadu mengenai masalah bekalan air, kita menilai langkah-langkah mitigasi yang perlu dilakukan oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang.

“Pelbagai rancangan untuk menyelesaikan masalah air dan PBA telah melakukan langkah-langkah bagi mengurangkan cabaran masalah bekalan air di kawasan ini sejak 16 tahun yang lalu.

“Dengan pembangunan yang pesat di Seberang Perai Selatan sudah sampai masanya untuk di bina satu lagi Loji Rawatan Air yang akan mengambil sumber dari Sungai Kerian,” katanya dalam satu hantaran video di aplikasi TikTok hari ini.

Akmal berkata, perkara tersebut telah diumumkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun lalu dalam Water Contentency Plan (WCP 2030).

“Pihak kementerian akan terus memantau apakah hasil dan usaha PBA untuk kita memastikan kemampuan bekalan air di SPS di pertingkatkan sejajar dengan permintaan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button