Berita Semasa

68 dikompaun dalam operasi bersepadu PBT

KUALA LUMPUR – Sebanyak 68 notis kompaun pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam Ops Bersih Siri 2 2024 yang dijalankan di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat, Taman Connaught, di sini semalam.

Operasi yang dilakukan pada tengah hari itu melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut DBKL, sebanyak 98 kenderaan telah diperiksa dalam operasi tersebut melibatkan kenderaan persendirian dan perdagangan yang melakukan pelbagai kesalahan.

“DBKL mengeluarkan sejumlah 21 notis kompaun ke atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“PDRM mengeluarkan 21 notis kompaun, JPJ pula 23 notis kompaun dan SWCorp mengeluarkan tiga notis kompaun di atas pelbagai kesalahan kepada pemilik kenderaan melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelasnya, tindakan khas itu dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peruntukan undang-undang dikuatkuasakan DBKL serta rakan agensi terbabit.

Dalam pada itu, DBKL turut menjelaskan bahawa operasi berkenaan akan diteruskan di lokasi tumpuan lain selepas ini.

Show More

Related Articles

Back to top button