Jenayah & Mahkamah

Suspek rosakkan pintu besi stadium diburu polis

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan selepas perlawanan bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya telah melihat dua rakaman video yang tular di media sosial mengenai kejadian penyokong yang merosakkan pintu gerigi besi stadium.

Beliau berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, telah dibuka dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam video yang tular, orang ramai dilihat dengan sengaja memusnahkan pintu pagar untuk masuk ke stadium.

 

Show More

Related Articles

Back to top button