Berita SemasaPM X

Kontrak DRT : PM arah siasatan telus jika ada laporan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan tindakan terhadap penganugerahan kontrak kepada syarikat milik suami Hannah Yeoh, Asia Mobility Technologies Sdn Bhd. (Asia Mobility).

Beliau ketika mengulangi ketegasannya berkata, tindakan perlu dilakukan secara telus sekiranya ada laporan mengenai sebarang salah laku dalam proses kelulusan kontrak oleh Kerajaan Negeri Selangor itu.

“Yang ini serah pada pihak berkuasa, jika mereka ada (terima) laporan, ia seharusnya disiasat dengan telus,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Exco Selangor, Ng Sze Han memaklumkan salah satu daripada syarikat yang dipilih dalam Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) adalah Asia Mobility Technologies.

Asia Mobility Technologies yang diterajui oleh suami Hannah Yeoh, Ramachandran Muniandy selaku Ketua Pegawai Eksekutif merupakan syarikat yang mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pemberian kontrak kepada syarikat Asia Mobility tidak menyalahi undang-undang kerana tiada kaitan dengan jawatan menteri yang disandang oleh Hannah Yeoh.

Show More

Related Articles

Back to top button