[VIDEO] Malaysia destinasi selamat untuk pelaburan
TOKYO – Malaysia adalah sebuah destinasi selamat untuk pelaburan ketika dunia diselubungi ketidaktentuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi sekatan terhadap pembuatan mikrocip membuatkan pelabur khususnya dalam sektor pembuatan, sedang mencari destinasi selamat untuk mengembangkan perniagaan.
@malaysiatribune Kejayaan industri semi konduktor negara jadi indicator keyakinan pelabur luar di Malaysia – PM pmx madani nikkeiforum nikkei2024 japannikkei #beritatiktokviral
“Saya berani katakan bahawa Malaysia sesuai dengan keperluan (destinasi selamat untuk tujuan pelaburan)… terima kasih kepada kestabilan kita, tenaga buruh yang mahir, serta dan ketidakselarasan ekonomi dan geopolitik kita,” kata Anwar hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Nikkei Forum 29th Future of Asia, di sini hari ini.
Anwar turut berkongsi kejayaan Malaysia yang berjaya menempatkan diri selaku pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia.
“Buktinya (kesesuaian Malaysia sebagai destinasi pelaburan) adalah pada angka. Pada 2023, Pulau Pinang selaku hab semikonduktor Malaysi (berjaya) menarik AS$13 bilion dalam pelaburan langsung asing, melebihi jumlah gabungan untuk tujuh tahun sebelumnya.
“Jadi Malaysia mengalu-alukan pelaburan,” katanya lagi.