KJ dilantik pengarah syarikat di India
NEW DELHI – Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin baru-baru ini diumum sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat di India, Fishcer Medical Ventures Ltd.
Lantikan itu merupakan tambahan atas kapasiti pengarah bebas syarikat berkenaan bagi tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024 lalu.
Fishcer Medical Ventures Ltd merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam perdagangan bahan kimia dan jentera makmal.
Syarikat itu mengumumkan perubahan dalam pengurusan susulan kejayaan menyelesaikan tawaran terbuka yang dilakukan oleh Time Medical International Ventures Pte Ltd dan pelabur lain.
Sebagai rekod, Khairy berkhidmat selaku Menteri Kesihatan Malaysia antara 2021 dan 2022 manakala sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari 2020 hingga 2021.