Pemandu lori warga asing tunjuk lagak pertikai tugas JPJ, enggan tunjuk lesen memandu
SEBERANG JAYA – Seorang pemandu warga asing (PeWa) yang memandu sebuah lori bersikap biadab dan ‘tunjuk lagak’ dengan mempertikai tugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Taman Arowana di sini petang semalam.
Dalam Ops PeWa pemandu itu turut enggan memberikan kerjasama ketika diminta menunjukkan lesen memandu.
“Kesalahan dilakukan tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ). JPJ turut menyita lori tersebut,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya.
Dalam pada itu katanya, menerusi operasi yang dilakukan petang semalam JPJ turut menyita tujuh buah motosikal dipandu warga asing.
“Penguatkuasaan PeWA juga dilakukan disekitar Taman Pelangi. JPJ menyita 8 buah motosikal dipandu warga asing.
“Kesalahan yang dilakukan tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh.
“Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing tanpa kompromi yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa,” ujarnya.