Luar Negara

14 maut, lebih 70 cedera papan iklan tumbang

MUMBAI – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan lebih 70 lagi cedera selepas papan iklan tumbang semasa ribut kuat di ibu negara kewangan India, Mumbai.

Menurut laporan media tempatan, sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, pihak berkuasa perbandaran berkata, 60 orang telah diselamatkan dan dimasukkan ke hospital.

Papan iklan yang runtuh itu berukuran 70 kali 50 meter, menurut catatan di platform media sosial X oleh pasukan polis Mumbai.

Mumbai dilanda angin kencang disertai hujan dan ribut debu pada Khamis yang menumbangkan pokok serta menyebabkan bekalan elektrik terputus seketika di beberapa bahagian bandar, selain gangguan pada rangkaian kereta api di bandar itu.

Laporan media India berkata penerbangan digantung sementara di lapangan terbang antarabangsa bandar itu, membabitkan sekurang-kurangnya 15 pesawat.

Show More

Related Articles

Back to top button