Politik

PRK KKB: Undi semua kaum kepada calon Kerajaan Perpaduan meningkat

KUALA KUBU BAHARU – Undi semua kaum kepada calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu baru-baru ini menunjukkan peningkatan berbanding Pilihanraya Negeri (PRN) yang lalu.

Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin, berkata, undi orang Melayu meningkat kepada 42.7 peratus, berbanding 39 peratus sebelum ini.

“Undi Cina kali ini meningkat kepada 88.4 peratus, berbanding 85.3 pada 2023, manakala undi India turut meningkat 10.2 peratus iaitu 70.2 peratus berbanding 60 peratus pada PRN lalu.

“Bagi undi campuran (Orang Asli) juga meningkat kepada 63.1 peratus berbanding 60.1 peratus pada PRN 2023,” katanya dalam satu ciapan di X, kelmarin.

Terdahu, calon DAP yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao, memenangi PRK Kuala Kubu Bharu dengan 3,860 majoriti undi selepas meraih 14,000 undi.

Beliau menewaskan tiga calon lain terdiri daripada calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut (10,131 undi); wakil
Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin (152 undi) serta calon Bebas, Nyau Ke Xin (188 undi).

Show More

Related Articles

Back to top button