Berita Semasa

Pelajar tingkatan 5 cedera jatuh tingkat 5

PUTRAJAYA – Seorang pelajar berusia 17 tahun cedera selepas jatuh tergelincir dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang semalam di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11 di sini.

“Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

“Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asmadi mangsa yang juga anak seorang pegawai polis itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala

Beliau berkata pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button