Berita SemasaSukan

Bayer Leverkusen pecah rekod UEFA, 49 perlawanan tanpa kalah

NORTH RHINE-WESTPHALIA – Bayer Leverkusen memecah rekod sejarah Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dengan mencatat 49 perlawanan berturut-turut tanpa kalah serta memadamkan rekod pencapaian Benfica pada tahun 1960-an.

Rekod tanpa kalah itu meletakkan Leverkusen dalam sejarah baharu kelab Eropah, mengatasi catatan terdahulu Benfica dari kelab Liga Portugal dengan 48 perlawanan tanpa tewas pada tahun 1963-1965.

Bayer Leverkusen mencatatkan rekod tanpa kalah terpanjang dalam sejarah pertandingan kelab UEFA sejak 1955 ia ditubuhkan selepas seri 2-2 menentang AS Roma dalam perlawanan Liga Europa malam tadi.

Pada perlawanan separuh akhir Liga Europa, Leverkusen mendahului dengan agregat 2-0 tetapi pada perlawanan kedua dikejutkan dengan dua penalti Roma yang menjadikan agregat 2-2.

Walau bagaimanapun, semangat mereka tidak padam apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-82 dengan gol sendiri oleh Gianluca Mancini dan Josip Stanisic pada minit ke-97, menjadikan agregat 4-2 untuk Leverkusen melangkah ke final Liga Europa.

Pengurus Leverkusen, Xabi Alonso mengemudi pasukannya untuk tidak kalah dalam 32 perlawanan Bundesliga, lima perlawanan Piala Jerman dan 12 perlawanan Liga Europa

Beliau telah mencatatkan kemenangan sebanyak 40 perlawanan dan sembilan seri musim ini.

Dalam pada itu, Leverkusen juga kini berada di ambang ‘treble’ apabila telah memenangi Bundesliga dan berjaya ke perlawanan akhir Piala Jerman dan Liga Europa untuk mendakap tiga kejuaraan.

Sementara itu, jika mereka berjaya untuk tidak kalah dalam dua perlawanan liga terakhir mereka, Leverkusen akan menjadi kelab pertama dalam sejarah Liga Jerman yang menamatkan musim tanpa sebarang kekalahan.

Show More

Related Articles

Back to top button