Berita Semasa

[VIDEO] Pindaan baharu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 2022 berkuatkuasa 1 Jun ini

CYBERJAYA – Golongan pekerja di negara ini akan memiliki hak untuk mengasingkan diri daripada tempat kerja yang berisiko tinggi apabila pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 2022 dilaksana dan dikuatkuasa pada 1 Jun ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, perkara tersebut merupakan antara penambahbaikan yang akan dibuat bagi menjamin hak dan keselamatan pekerja dijaga sebaiknya.

@malaysiatribune

CYBERJAYA – Golongan pekerja di negara ini akan memiliki hak untuk mengasingkan diri daripada tempat kerja yang berisiko tinggi apabila pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 2022 dilaksana dan dikuatkuasa pada 1 Jun ini. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, perkara tersebut merupakan antara penambahbaikan yang akan dibuat bagi menjamin hak dan keselamatan pekerja dijaga sebaiknya. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Saya telah tandatangani pewartaan akta berkenaan.

“Kita juga telah mempercepatkan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah diluluskan pada penghujung 2021,” katanya.

Steven berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir merasmikan Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamata dan Kesihatan di Tempat Kerja di sebuah universiti, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Ketua Setiausaha, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; dan Ketua Pengarah JKKP, Mohd Hatta Zakaria.

Pindaan Akta itu antara lain turut menekankan kepentingan pihak berwajib dan majikan untuk menilai situasi berisiko di tempat kerja.

Tambahnya lagi, pindaan tersebut turut mewajibkan mana-mana syarikat yang mempunyai lebih dari lima pekerja untuk melantik seorang penyelaras keselamatan dan kesihatan.

“Antara perkara dalam pindaan terbaharu ini adalah ada satu tafsiran risiko untuk pihak berwajib dan majikan untuk menganalisa risiko di tempat kerja.

“Ada juga kewajiban untuk melantik penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan, sekarang syarikat yang lebih lima orang pekerja atau ke atas wajib melantik seorang pelaras keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button