PM zahir penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MIDA
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman yang bersara bermula hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Arham telah berkhidmat selama hampir 35 tahun di MIDA.
“Setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Datuk Wira Arham selama berkhidmat dengan MIDA dan saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Anwar berkata, semasa kunjungan hormat Arham, pihaknya telah menerima senaskhah MIDA Coffee Table book yang bertajuk ‘Stepping Stones : MIDA’s Journey’.
Ujar beliau, buku tersebut mendokumenkan peranan MIDA dalam menarik pelaburan sejak penubuhannya 57 tahun yang lalu.