AgamaBerita SemasaPM X

Kejayaan bawa keluar keluarga Nadir Al-Nuri bukti sikap prihatin PM terhadap rakyat – Menteri Agama

PUTRAJAYA – Kejayaan membawa keluar ahli keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri ke Malaysia menunjukkan keprihatinan yang tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kebajikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan pantas Perdana Menteri juga menunjukkan daya kebijaksanaan kepimpinan beliau yang cukup dihormati dunia sehingga misi besar menyatukan keluarga Nadir Al-Nuri terlaksana dengan jayanya.

“Jabatan ini juga menyeru semua pihak untuk terus bersama-sama dengan Perdana Menteri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan menuntut keamanan dan kesejahteraan negara Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Na’im berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan keluarga Nadir Al-Nuri.

Nai’im berkata, pihaknya juga menyeru semua pihak untuk bersama-sama dengan keberkatan bulan Syawal ini memperkukuh kesatuan dan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan buat rakyat Palestin.

Semalam Nadir Al-Nuri mendedahkan individu penting yang berusaha membawa keluar keluarganya dari Gaza, Palestin yang berhadapan dengan tindakan ganas Zionis.

Menurut Nadir Al-Nuri, Perdana Menteri merupakan individu yang telah berjaya membawa keluar keluarganya dengan selamat dan mereka semua disatukan pada Hari Raya Aidilfitri.

Show More

Related Articles

Back to top button