Luar NegaraPM X

Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan antara 2 negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbalas ucapan Hari Raya Aidilfitri dengan rakan sejawatnya dari Pakistan Shehbaz Sharif.

Perdana Menteri berkata, beliau berbalas ucapan tersebut melalui perbualan talefon semalam.

“Kami berbalas ucapan Eid Mubarak di samping menzahirkan harapan agar hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuh,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Anwar berkata, mereka berdua senada mahu meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan Malaysia-Pakistan terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“PM Shehbaz turut mengulangi undangannya kepada saya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin.

“Saya juga menyambut baik cadangan PM Shehbaz bagi mengeksport daging halal dari Pakistan ke Malaysia,” katanya lagi.

“Kami turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.

Anwar turut mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama.

Show More

Related Articles

Back to top button