Elrah Exclusive catat jualan hampir RM200 juta
BANGI – Jenama pakaian tempatan popular, Elrah Exclusive berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus pada tahun ini, kata Pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman.
Menurut Mohd Hilmi atau lebih mesra dengan panggilan El Azman, peningkatan jualan tersebut mencecah hampir RM200 juta setakat semalam.
Katanya, jumlah keseluruhan jualan pada tahun ini masih belum dimuktamadkan susulan berbaki beberapa hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri.
“Tahun ini perniagaan kita memang memberangsangkan daripada segi kita punya duta, pemasaran boleh dikatakan meningkat sebanyak 15 peratus itu yang saya rasa sangat-sangat bersyukur untuk tahun ini.
“Dia tidak sampai RM200 juta tapi lebih kurang sebab ada berbaki beberapa hari lagi dan kita pun tidak tahu jumlah keseluruhan jualan sebab kita juga menjual di Singapura, Thailand juga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di butik miliknya di sini selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama para pengamal media malam tadi.
Mengulas mengenai sasaran jualan sebanyak RM250 juta, El Azman berkata, beliau merasakan pihaknya tidak mampu mencapai sasaran tersebut atas beberapa faktor.
“Sebab daripada segi kita punya pengeluaran, pembuatan dan masa jadi kita tidak sempat untuk capai sasaran itu tapi insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya untuk sasaran RM250 juta itu.
“Elrah memerlukan masa selama setahun enam bulan untuk buat pengeluaran itu jadi bila kita buat kira-kira pengeluaran itu tidak sempat untuk tahun 2024,” jelasnya lagi.
@malaysiatribune Jenama pakaian tempatan popular, Elrah Exclusive berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus pada tahun ini dengan nilai mencecah hampir RM200 juta setakat semalam, kata Pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman. #malaysiatribune #bajuraya #elrah #bajumelayu #raya #ramadan #aidilfitri