Bisnes & Ekonomi

Fitrah Sunnah, HAL Fintech jalin kerjasama promosi seni kayu ke luar negara

KUALA LUMPUR – Syarikat Fitrah Sunnah dan HAL Fintech Advisor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama antarabangsa dengan slogan “Seni Kayu Melayu Untuk Dunia”.

MoU itu ditandatangan dalam program Karnival Wood dan Lifestyle yang diadakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) yang diadakan di Malaysia Grand Bazar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.

Majlis Menandatangani MoU ini turut dihadiri oleh Pengasas Fitrah Ummah, Faizal Ishak dan Aizuddinur Zakaria menandatangani MoU itu bagi pihak pihak masing-masing.

Menurut Faizal, teras utama MoU ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa antara Fitrah Ummah dan HAL Fintech dalam mempromosi seni kayu tempatan ke luar negara melalui aktiviti kemasyarakatan dan pemakanan sunnah.

“Melalui kerjasama strategik ini, jenama Cenderakayu yang akan diperkenalkan sebagai suatu gaya hidup dalam mendapatkan khasiat sebenar madu tualang.

“Ini termasuklah ukiran rumah lebah (beehive), sudu kayu khas (spoon), lapik madu (coaster) dan tempat penyimpanan madu (holder),” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya, kerjasama strategik ini juga akan diperluaskan untuk membangunkan sebuah galeri madu bertaraf antarabangsa yang bakal memperlihat elemen kerja kayu dan seni tempatan bagi tujuan pelancongan dan pembiakan lebah malifera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button