Berita Semasa

Shopee umum tarikh akhir penghantaran barang sebelum Hari Raya Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Shopee baru-baru ini mengumumkan tarikh akhir bagi pengeposan barang untuk sampai ke destinasi sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut platform e-dagang popular itu, pengumuman tarikh akhir iaitu “Cut-Off Date” adalah sebagai panduan untuk memastikan bungkusan pesanan dapat diterima sebelum hari raya.

Katanya, tarikh-tarikh tersebut telah ditetapkan mengambil kira jadual cuti umum kebangsaan diikuti juga oleh syarikat-syarikat penghantaran ekspres tempatan lain.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Shopee, terdapat pelbagai syarikat penghantaran yang menyediakan perkhidmatan untuk pengguna platform tersebut.

Berikut adalah tarikh akhir penghantaran bagi beberapa syarikat penghantaran yang terkenal.

Bagi SPX Express dan Ninja Van, tarikh akhir pengeposan barang adalah pada 5 April 2024 untuk Semenanjung Malaysia dan 2 April 2024 bagi Sabah dan Sarawak.

J&T Express Malaysia pula menetapkan tarikh akhir pengeposan pada 6 April 2024 untuk Semenanjung Malaysia dan 2 April 2024 bagi Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, Poslaju membenarkan penghantaran hingga 9 April 2024 bagi Semenanjung Malaysia dan 2 April 2024 untuk Sabah & Sarawak.

Syarikat DHL menetapkan tarikh akhir pengeposan pada 4 April 2024 untuk Semenanjung Malaysia dan 2 April 2024 untuk Sabah dan Sarawak.

Flash Express menetapkan tarikh akhir penghantaran bagi Semenanjung Malaysia pada 4 April 2024 dan bagi Sabah dan Sarawak pada 1 April 2024.

Sementara itu, Pos Malaysia, J&T Cargo dan Best Cargo menetapkan tarikh akhir penghantaran di Semenanjung Malaysia pada 9 April 2024, akan tetapi tiada maklumat dinyatakan berkenaan tarikh akhir penghantaran bagi Sabah dan Sarawak untuk ketiga-tiga perkhidmatan tersebut.

Shopee juga menyeru kepada semua pengguna untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan perayaan Hari Raya Aidilfitri mereka berjalan lancar dengan menerima pesanan tepat pada masanya.

Show More

Related Articles

Back to top button