Hamas kutuk tindakan rejim zionis wujudkan ‘zon membunuh’ di Gaza
GAZA CITY – Pejuang Hamas mengutuk sekeras-kerasnya pewujudan ‘zon membunuh’ oleh rejim Zionis di kawasan tertentu di Tebing Gaza.
Kecaman itu dizahirkan beberapa jam selepas beberapa rangkaian media Israel melaporkan tentang pelan tentera pendudukan yang menetapkan kawasan tertentu di wilayah terkepung tersebut sebagai ‘zon membunuh’.
Dibawah pelan tersebut, tentera rejim dibenarkan untuk menembak sesiapa sahaja walaupun merkea tidak membawa sebarang senjata.
Laporan pada akhir minggu itu tidak menyebut dengan jelas tentang sempadan zon tersebut dan dipercayai tertakluk kepada arahan komander unit tempur rejim zionis.
“Sesiapa yang memasuki zon berkenaan akan dibunuh tanpa perikemanusiaan. Ia adalah jenayah perang yang ganas. Arahan semberono ke atas orang awam itu ternyata melanggar kesemua bentuk undang-undang.
“Sebahagian daripada insiden kejam itu pernah didedahkan menerusi rakaman video sebelum ini,” tegas Hamas dalam satu kenyataan, hari ini.