Berita Semasa

Azan sebelum waktu berbuka, masjid di Kajang mohon maaf

KAJANG – Pengurusan Masjid Prima Saujana di sini memohon maaf atas kekhilafan melaungkan azan Maghrib empat minit sebelum masuk waktu berbuka puasa pada Sabtu lalu.

Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun berkata, kesilapan itu berlaku disebabkan masalah teknikal.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari tersebut menggantikan puasa.

“Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Prima Saujana, Kajang memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib empat minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac disebabkan masalah teknikal.

“Kami telah merujuk perkara ini kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan dimaklumkan, jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari tersebut, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti/diqadha’,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Show More

Related Articles

Back to top button