Berita Semasa

100 murid di Putrajaya terima bantuan sambut hari raya

PUTRAJAYA – Sebanyak 100 murid di 10 buah sekolah rendah di sini menerima bantuan hari raya untuk berbelanja membeli pakaian sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya, bantuan itu diberikan oleh Yayasan Pelajaran Mara dan Malaysian Football League (MFL) untuk anak- anak Putrajaya yang kurang berkemampuan untuk sama-sama bergembira menyambut hari raya.

“Sebanyak RM10,000 diperuntukan oleh Yayasan Pelajaran Mara untuk bantuan hari raya kepada 100 orang murid yang mana setiap orang murid akan menerima RM100 untuk berbelanja membeli baju raya,” katanya ketika berucap dalam program penyerahan bantuan itu di AEON BIG Alamanda di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam pada itu, Hisamudin turut merakamkan ucapan penghargaan kepada MFL ayanh menaja 60 orang murid di enam buah sekolah berupa kad hadiah AEON BIG bernilai RM100.

Pada masa sama, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada AEON BIG yang menaja lokasi.

“Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Guru Besar Putrajaya yang telah memberi kerjasama erat untuk membantu kami mencari penerima bantuan hari raya untuk program. Tanpa kerjasama cikgu-cikgu program ini tidak dapat kami jalankan.

“Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan yang sentiasa memberi lampu hijau atas segala aktiviti biro demi anak-anak dan pendidikan di Putrajaya,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button