Agama

Stoking kalimah Allah: ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’

KUALA LUMPUR – ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang mempersenda isu stoking kalimah Allah dijual di KK Super Mart baru-baru ini.

Menerusi satu komen yang ditinggalkan di Facebook, individu yang menggunakan nama Ricky Shane Ca itu menyifatkan isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan.

“Allah di tapak kaki sahaja pun satu isu mentaliti sampah,” komen individu tersebut.

Terdahulu, tular satu video penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah dijual di KK Super Mart cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Sehubungan dengan itu, selepas teruk dikecam netizen, individu yang mendakwa dirinya seorang mualaf itu tampil memohon atas keterlanjurannya membuat kenyataan itu.

“Saya Ricky Shane memohon ampun atas kesalahan terhadap warga-warga muslim yang berkenaan atas kesilapan saya tentang isu yang viral saya telah buat.

“Saya amat kesal atas perbuatan cuai saya dan mohon smua warga muslim agar maafkan saya dengan seikhlas hati dengan segala posting dan komen saya telah buat selama ini.

“Sebenarnya saya selaku mualaaf yang sudah dua tahun masih banyak perlu saya belajar dan menghormati terutamanya agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tambahnya, dia kesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

“Saya minta agar kamu faham kita manusia biasa pun buat kesilapan dan saya berharap saya minta ampun agar bulan Ramadan ini, kita boleh bermaaf satu sama lain,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button