Sukan

Matthew Davies dan Junior Eldstal tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Oman

KUALA LUMPUR – Baki lapan pemain telah melaporkan diri ke kem pusat latihan pusat skuad Harimau Malaya, termasuk tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pang Gon berkata dua pemain penting, Matthew Davies dan Junior Eldstal, tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan berikutan surat rasmi dari JDT mengesahkan kedua-dua pemain mengalami kecederaan semasa sesi latihan pada 14 Mac.

 

“JDT telah memohon pengecualian untuk Davies dan Eldstal agar mereka dapat menjalani rawatan pemulihan dengan kelab mereke.Laporan kecederaan telah disertakan bersama surat tersebut.

“Dengan ketiadaan kedua-dua pemain tersebut, skuad Harimau Malaya kini terdiri daripada 31 pemain dalam kem latihan,” katanya di facebook rasmi FAM

Manakala tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan di bawah kendalian Juan Torres Garrido, sementara 24 pemain akan berangkat ke Muscat, Oman pada Ahad, 17 Mac.

Mereka akan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex pada Khamis, 21 Mac.

Show More

Related Articles

Back to top button