Berita Semasa

Stokin bertulisan ALLAH: KK Supert Mart mohon maaf, tarik balik penjualan

SHAH ALAM – KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang mempamerkan kalimah ALLAH dan tular sejak semalam.

KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, susulan pendedahan isu yang berlaku di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya, pihaknya telah mengambil tindakan memberhentikan penjualan stokin itu secara serta merta.

“Kami kesal dan memandang serius akan perkara ini, untuk makluman, produk ini adalah konsainan daripada pihak vendor.

“KK Super Mart juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini, sekali lagi kami memohon maaf dan akan memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya..

Dalam pada itu, KK Super Mart telah berhubung dengan pihak itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu ini.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang kewujudan stoking tertera kalimah ALLAH SWT yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button