Berita Semasa

Laporan rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine, PDRM tidak terima maklumat – Saifuddin

Orang ramai perlu semak maklumat yang diterima

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang menjadi tentera upahan Rusia di wilayah Donetsk dekat timur Ukraine.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat perlu menyemak maklumat yang diterima.

“Kementerian ini mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berhati-hati dalam menerima maklumat dan sentiasa menyemak fakta sebenar terhadap maklumat yang disebarkan terutamanya dalam media sosial,” katanya dalam jawapan bertulis yang diterbitkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mahu kementerian memberi penjelasan berhubung dakwaan rakyat Malaysia yang dikatakan berkhidmat sebagai tentera upahan Russia di Donetsk.

Memetik laporan media sebelum ini, satu notis dikeluarkan Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine berkata, Russia terus merekrut tentera upahan dari beberapa negara di seluruh dunia untuk meneruskan dasar keganasan mereka.

Menurut notis berkenaan, tentera upahan dari Malaysia ditemani penterjemah termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Russia.

Dakwa laporan itu, pejuang itu menjalani latihan dan Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan itu memberi amaran, sesiapa bersama Russia menentang Ukraine adalah sasaran ketenteraan.

Show More

Related Articles

Back to top button