Berita Semasa

Dr Dzulkefly dimasukkan ke hospital

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital pada awal pagi tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, Dr Dzulkefly dihantar ke hospital kerana disyaki mengalami gejala ‘renal colic’.

“Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” kata kenyataan ringkas tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button