Berita Semasa

KEB 2024: MARA sedia pertimbang cadangan kuota Orang Asli di MRSM

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Raya (MARA) bersedia untuk mempertimbangkan cadangan kuota khas bagi Masyarakat Orang Asli untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MARA selaku agensi pelaksana bersedia untuk membuka ruang perbincangan sekiranya cadangan itu diangkat menjadi resolusi dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB).

“Insya-Allah kita akan bincangkan itu semua sebab perkara ini mereka lontarkan dalam kongres. Kalau ia menjadi satu resolusi sudah tentu kita (MARA) sebagai agensi pelaksana akan laksanakan apa yang diaspirasikan oleh akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Diskusi Madani, Mencipta Peluang Bumiputera Dalam Peralihan Tenaga sempena KEB di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor ketika membentangkan laporan Pemerkasaan Orang Asli dalam kongres yang sama, mahu kuota khas untuk memasuki MRSM serta sekolah berasrama penuh (SBP) diberikan kepada Masyarakat Orang Asli.

Jelas beliau, ia bagi memastikan akses pendidikan yang berkualiti dan lebih baik turut diberikan kepada golongan berkenaan.

Selain itu, katanya, peluang yang sama juga juga harus perlu diberikan dalam program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Show More

Related Articles

Back to top button