Kerajaan galak PERNAS terokai sektor baharu, perkukuh industri francais
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi galakkan agar Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) menerokai sektor baharu di samping memperkukuhkan lagi industri francais sedia ada dalam negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, galakkan tersebut selaras dengan aspirasi kementeriannya yang mahu melihat lebih banyak program perniagaan francais ditawarkan kepada usahawan.
“Saya ingin melihat PERNAS terokai lebih banyak lagi sektor yang boleh kita tawarkan kepada usahawan-usahawan baharu untuk sertai program francais di negara ini.
“Saya sudah minta PERNAS (meneroka sektor baharu), dan pertimbangan itu perlu diteliti dengan lebih baik lagi sebelum mereka membuat ketetapan untuk menjadikan itu satu pelaburan PERNAS.
“Salah satunya selain sektor makanan dan minuman (FNB) seperti mana yang kita saksikan hari ini sektor adalah optometrik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Pakei Francais ‘Focus Point Sightsavers’ dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pernas dan Focus Point Care Group Sdn. Bhd. di ibu negara hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad; Pengerusi PERNAS, Datuk Hazimah Zainudin; Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Vision Care Group Son. Bhd., Datuk Liaw Choong Liang.
Terdahulu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya, PERNAS menyediakan pembiayaan francais bernilai sebanyak RM50 juta tahun ini dengan seramai 290 orang usahawan disasarkan bakal menerima manfaat menerusi pembiayaan ini.
Dalam pada itu, Ewon Benedick juga menyeru agar para usahawan samada yang sudah berniaga secara francais atau belum untuk mengambil peluang dan meneroka pakej perniagaan yang disediakan oleh Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd.
@malaysiatribune Kerajaan galak Pernas terokai sektor baharu, perkukuh industri francais Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyaksikan Peluncuran Pakei Francais sesi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara Pernas dan Focus Point Care Group Sdn. Bhd. bagi pembiayaan kepada francaisi yang mengambil pakej francais. #malaysiatribune #kuskop #pernas #usahawan #bisnes #francais #focuspoint
Syarikat Focus Point memperkenalkan pakej francais ‘Focus Point Sightsavers’ dengan penjimatan kos permulaan perniagaan sehingga 70 peratus merupakan inisiatif yang menggunakan pembiayaan francais yang disediakan oleh PERNAS.
Pakej ini mempunyai konsep waktu operasi fleksibel, renovasi premis perniagaan tanpa kos dan modal permulaan yang berpatutan kepada francaisi baharu.