Berita Semasa

Bekas Pengarah Tourism (India) dilantik KP baharu

KUALA LUMPUR – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) hari ini mengumumkan pelantikan bekas Pengarah Tourism Malaysia untuk India, P Manoharan sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan perkhidmatan Datuk Dr Ammar Abd Ghapar yang ditamatkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing Sabtu lalu.

Pengumuman itu bagaimanapun hanya disampaikan melalui ucapan tahniah kepada Manoharan oleh lembaga pengarah dan kakitangan Tourism Malaysia dalam satu hantaran poster di Facebook.

Pelantikan baharu itu dipercayai berkuat kuasa semalam.

Sabtu lalu, King Sing menjelaskan Dr Ammar diturunkan pangkat kepada timbalan selepas timbul dakwaan mengatakan beliau ditamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat selama 36 tahun dalam industri pelancongan.

King Sing berkata, tindakan itu ekoran prestasi kerja yang tidak memuaskan oleh Dr Ammar.

Ammar yang dijadualkan bersara pada Mac tahun depan, menegaskan sebagai kakitangan kerajaan yang telah lama berkhidmat, beliau sentiasa melakukan tugas mengikut prosedur dan tatacara betul.

Show More

Related Articles

Back to top button