Berita Semasa

Promosi pensudalan, mufti gesa tindakan tegas terhadap podcast jemput Hot Daddy

GEORGE TOWN – Tindakan sebuah laman web penstriman yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast  boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan persundalan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan itu amat mengecewakan dan harus dikekang.

“Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak,” katanya di sini hari ini.

Wan Salim berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan laman web penstriman berkenaan menganjur sesi bual bicara dengan seorang lelaki yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan video lucah menerusi aplikasi X.

Tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast, mendapat pelbagai reaksi warganet dan menganggap ia adalah promosi terhadap perlakuan zina.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius kepada perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.

“Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.

“Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button