Berita Semasa

Kedutaan Turkiye buka saluran sumbang bantuan secara terus

CYBERJAYA – Kedutaan Turkiye di Malaysia hari ini memaklumkan orang ramai boleh menyumbang kepada tabung operasi mencari dan menyelamat gempa bumi di Turkiye melalui pindahan bank ke nombor akaun rasmi miliknya.

Pemakluman itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kedutaan, sebentar tadi.

Transaksi boleh dibuat melalui:

Kedutaan Republik Turki
Bank CIMB (No Akaun: 8008447369)
Jenis Akaun: RM

Sementara itu, angka rasmi mangsa yang terbunuh akibat kejadian gempa bumi pada Isnin lalu sudah melebihi 21,000 mangsa.

Di Turkiye, angka rasmi korban meningkat kepada 18,324, manakala di Syria pula, seramai 3,377 mangsa disahkan maut.

Pada Selasa, Turkiye mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa, bagi memastikan misi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan lancar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button