Berita Semasa

Lebih 150 peserta hadiri program kolaborasi LHDN dengan PPPGP

Tingkatkan kadar pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat

KUANTAN – Dalam usaha meningkatkan kadar pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pahang hari ini mengadakan taklimat khas berkenaan PKPS 2.0 dan e-invois bertempat di Menara HASiL, di sini.

Program tersebut diadakan secara kolaborasi dengan Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang (PPPGP) dan berjaya menarik penyertaan hampir seramai 150 orang peserta.

Program ini turut dihadiri Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Audit LHDN negeri, Ruslan Othman; Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Khidmat Pelanggan negeri, Roszita Ismail; EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang, dan Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang, Siew Fook Chan.

Objektif program ini adalah untuk perkongsian maklumat berkenaan PKPS 2.0 dan pelaksanaan e-invois secara mandatori bermula 1 Ogos 2024.

Untuk rekod, pelaksanaan e-invois ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembayar cukai terutama dalam menjimatkan masa dan penggunaan sumber untuk menguruskan invois serta mengurangkan beban kepada pemilik-pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

LHDN turut mengambil peluang dalam program yang dilaksanakan ini untuk menjemput semua pembayar cukai dan ahli PPPGP untuk bersama-sama menjayakan PKPS 2.0 yang sedang berlangsung.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai e-invois, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang telah dikemas kini dari masa ke masa mengikut kategori industri seperti yang berikut menerusi pautan ini dan memilih kategori spesifik seperti Penjagaan kesihatan, Pembinaan, Telekomunikasi, E-Dagang dan Operasi Petroleum.

Show More

Related Articles

Back to top button