Berita Semasa

Hospital Taiping ceria sambut 12 bayi tahun baharu

TAIPING – Hospital Taiping di sini meraikan sambutan Tahun Baharu 2024 dengan kelahiran serentak seramai 12 bayi.

Menurut Ahli Lembaga Pelawat Hospital Taiping, Siti Nur Arfah, daripada jumlah itu lapan daripadanya bayi lelaki dan bakinya bayi perempuan.

“Syukur Alhamdulillah, ini merupakan acara tahunan kita dengan menyambut bayi tahun baharu pada setiap tahun dengan kerjasama pelbagai syarikat swasta dan individu.

“Setiap ibu berkenaan menerima bantuan dalam bentuk hamper berisi barangan asas bayi, bagi meringankan beban mereka,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Dalam pada itu, katanya, pihak hospital turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat swasta dan individu yang telah menyumbangkan dana tersebut.

Katanya, sumbangan ini tidak hanya menjadi kejutan buat ibu-ibu tersebut malah ia turut mencerminkan sikap prihatin masyarakat di Taiping.

“Semoga kebahagiaan ini menjadi sinar harapan dan menyemarakkan permulaan hidup bagi keluarga-keluarga yang baru diperkayakan dengan kehadiran bayi-bayi yang comel.

“Ucapan tahniah ini disampaikan kepada semua ibu bapa yang dikurniakan anugerah kecil ini, dan terima kasih kepada semua yang telah berkongsi kegembiraan dengan sumbangan mereka,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button