Berita SemasaSukan

Piala Liga Coop Selangor 2023 labuh tirai, capai matlamat pupuk perpaduan

SHAH ALAM – Selepas menerima respon positif bagi penganjuran Piala Liga Coop Selangor 2023, pihak penganjur iaitu Kelab Sukan dan Kebajikan Suruhanjaya Koperasi mempelawa mana-mana pihak untuk turut sama menjadi rakan strategik bagi kejohanan tersebut pada tahun depan.

Menurut Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor, Mohd Izwan Khairuddin, kejohanan yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menerima sambutan yang menggalakkan khususnya dalam kalangan ahli koperasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Bagi kejohanan kali ini dapat adakan kerjasama daripada pelbagai rakan strategik yang lain seperti Malaysia Tribune, ANGKASA Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Koperasi GTR Malaysia Berhad, Koperasi Kangen dan lain-lain.

Rakan media Piala Liga Coop Selangor 2023, Malaysia Tribune menerima penghargaan atas liputan yang dilakukan sepanjang kejohanan.

“Saya dapat banyak permohonan dan panggilan daripada wakil-wakil koperasi yang lain yang turut berminat untuk menyertai Piala Liga Coop pada tahun depan, (justeru) saya buka peluang kepada mana-mana syarikat koprat, agensi atau kementerian sendiri untuk turut sama memberi impak.

“Saya yakin kejohanan bola sepak seperti ini di samping mengeratkan kerjasama dalam koperasi dan agensi dalam negeri Selangor, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan kerana itu adalah objektif utamanya,” katanya ketika ditemui Malaysia Tribune semalam.

Terdahulu, Piala Liga Coop Selangor melabuhkan tirainya semalam, di sini, dengan pasukan Co-opBank Pertama (CBP) berjaya menundukkan FAS Staff 1-0.

Co-opBank Pertama (CBP) berjaya menundukkan FAS Staff 1-0 dalam perlawanan akhir semalam.

Yang hadir sama, Pengarah SKM Selangor, Zahari Dahari; Pengerusi ANGKASA Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah; Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi serta Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil.

Tujuh pasukan yang bertanding ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor, Kohijrah, Kowarna, Koperasi Dinamik Kemas, Koop Sahabat AIM, CBP dan FAS Staff.

Dalam pada itu, Mohd Alias Hamzah, berkata dalam usaha menyahut seruan KBS untuk merakyatkan sukan di negara ini, kejohanan bola sepak seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

Selain itu, Mohd Alias turut mengucapkan tahniah kepada pemenang Piala Liga Coop yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini, di samping mengharapkan lebih banyak pasukan menyertai kejohanan tersebut pada tahun depan.

“Pada tahun hadapan saya harapkan lebih ramai pasukan akan menyertai Piala Liga Coop ini dengan harapan kejohanan ini akan menjadi mercu tanda terhadap seruan KBS untuk merakyatkan sukan di negara ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button