Berita Semasa

Pelajar SBP hilang: KPM mula siasat dakwaan dibuli

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian dakwaan kes buli di sebuah sekolah berasmara penuh sehingga menyebabkan seorang pelajarnya menghilangkan diri sebelum dijumpai hari ini.

Menurut KPM dalam satu kenyataan, siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.

“Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu KPM turut menyediakan empat saluran utama bagi membolehkan murid, ibu bapa dan masyarakat untuk membuat aduan mengenai kes buli dan gangguan seksual.

Katanya ia boleh dilaporkan menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, emel adubuli@moe.gov.my dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Media hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun yang hilang dari kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam tadi.

Difahamkan pelajar itu melarikan diri selepas sering dibuli.

Show More

Related Articles

Back to top button