Politik
UMNO pecat Isham Jalil?
KUALA LUMPUR – Parti UMNO difahamkan memecat Isham Jalil daripada parti tersebut, malam tadi.
Menurut portal Sinar Harian, pemecatan itu dimaklumkan oleh seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang enggan dinamakan.
“Dia (Isham) dipecat,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang berakhir sekitar pukul 10 malam tadi.
Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.
“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak presiden berdebat secara terbuka,” kata sumber tersebut sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.