Berita Semasa

Makcik Kemboja, anak dituduh di mahkamah esok

MELAKA – Usahawan yang digelar ‘Makcik Kemboja’ yang mengeluarkan dakwaan orang Melayu malas yang menjadi tular di media sosial bulan lepas, dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, esok.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, anak lelaki wanita terbabit yang berusia 22 tahun turut akan dituduh.

“Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara adalah mendakwa kedua-dua individu terbabit pada esok.

“Wanita berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya hari ini.

Beliau menambah, kes berkenaan akan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh.

Pada 27 November lalu, usahawan berpangkalan di Johor Bahru itu membuat permohonan maaf dalam satu sidang akhbar susulan video tular berhubung kenyataannya yang mengaitkan Melayu malas sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai.

Show More

Related Articles

Back to top button