Berita Semasa

King Sing nasihat Sanusi supaya jaga mulut

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menjaga mulut dengan tidak mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan kepada mana-mana pihak.

Menurut King Sing, beliau menyifatkan kenyataan Muhammad Sanusi sebelum ini hanya semata-mata mahu menjadikan ia sebagai bahan politik.

“Tak apalah, itu politik dia mau main dia main, itu tak mustahak bagi saya.

“Cuma kalau dia mahu minta pelancong datang dia punya negeri (Kedah) paling mustahak suruh dia jaga mulut sikit, itu saja. Kalau mulut tidak jaga, buat bukan-bukan tidak guna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada beliau akan memaafkan Sanusi susulan kenyataannya yang menyifatkan beliau sebagai ‘Duduk di bawah pokok pisang seperti patung Buddha botak dengan perut besar’.

Terdahulu, King Sing mengadakan mesyuarat bersama kerajaan Melaka bagi penganjuran program mega World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC) 2025, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut King Sing yang juga merupakan Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP), sesiapa sahaja akan marah jika dihina sedemikian rupa.

Kata beliau, hal tersebut serupa dengan
pelancong asing yang datang melancong tetapi ditegur kerana hanya disebabkan cara mereka berpakaian.

“Contohnya kalau wanita…kalau pakaian kurang sikit dia cakap bukan manusia, tapi binatang. Dia orang marah ke tidak mau datang (melancong) lagi ke tidak,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan Sanusi mempersoalkan kehadiran King Sing semasa pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao Thailand, baru-baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button