Berita Semasa

Zahid Hamidi kembali bertugas, hadiri mesyuarat Kabinet dipengerusikan PM

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali bertugas selepas kira-kira cuti sakit selepas menjalani prosedur pembedahan.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kelihatan ceria dan gembira dapat bertugas semula.

“Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah SWT, saya kembali bertugas melaksanakan amanah yang telah ditaklifkan dengan menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri

“Semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk berkhidmat demi rakyat dan dipermudahkan segala urusan.

“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau permudahkan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau mengkehendaki pasti akan menjadi mudah,” tulisnya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut merakamkam ucapan terima kasih atas sokongan dan doa dari semua pihak.

“Semoga semangat ini dapat kita bersama menjalankan amanah untuk negara. Insya-Allah,” katanya.

Baru-baru ini, Anak sulung Timbalan Perdana Menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan.

Dalam hantaran dimuat naik di Instagram, Nurulhidayah yang lebih mesra disapa sebagai Kak Long itu turut berkata, prosedur pembedahan itu seharusnya dilakukan lebih awal lagi, namun kerana kekangan masa dan jadual yang padat ia terpaksa dibuat pada tarikh tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button