Luar Negara

IDF perluas operasi ketenteraan walau rundingan bebaskan tebusan sedang berjalan

GAZA – Walaupun rundingan bagi membebaskan tebusan sedang berjalan, namun ia tidak menghalang rejim Zionis untuk memperluaskan operasi ketenteraan mereka di Semenanjung Gaza.

Memetik laporan AFP, semalam, tentera Israel berkata, mereka sedang melancarkan peperangan ke kawasan ‘kejiranan tambahan’ di Semenanjung Gaza, di mana serangan udara dan darat membunuh 13,000 orang termasuk kanak-kanak.

Qatar semalam berkata, rundingan mengenai perjanjian yang akan membebaskan beberapa tebusan sedang berjalan, hanya tertunda disebabkan cabaran praktikal yang ‘sangat kecil’, namun tiada butiran mahupun garis masa diberikan.

Video di media sosial yang disahkan oleh AFP menunjukkan mayat berlumuran darah dan lantai sebuah bangunan diselubungi debu, di mana tilam diletakkan di bawah meja sekolah.

Tentera Israel berkata, Jabalia adalah antara kawasan tumpuan di mana mereka ‘menyasarkan pengganas dan menyerang infrastruktur Hamas’.

Tanpa menyebut serangan itu, tentera Israel berkata ‘kejadian di wilayah Jabalia’ sedang dikaji, selepas regim Yahudi itu berdepan tekanan antarabangsa atas tindakannya.

Sekurang-kurangnya 15 mayat yang mula reput dengan teruk ditemui bergelimpangan di sepanjang jalan.

Ketua Bedah Hospital Al-Shifa, Marwan Abu Sada, berkata tentera Israel masih berada di hospital dan kawasan itu dikepung kereta kebal.

Show More

Related Articles

Back to top button