Berita Semasa

Wee Ka Siong persoal SOP ‘boarding pass’ Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR – Ketetapan Malaysia Airlines (MAS) yang menetapkan hanya satu boarding pass sahaja boleh dipamerkan pada setiap telefon milik penumpang sebagai tidak masuk akal.

Itu pandangan diutarakan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong selepas menerima aduan daripada salah seorang penumpang syarikat penerbangan itu dari Johor semalam.

Beliau berkata, syarat ‘satu boarding pass pada satu telefon bimbit’ itu adalah polisi yang menimbulkan kesulitan kepada penumpang kerana tidak semua memiliki telefon pintar.

“Seorang penumpang wanita meminta pertolongan saya apabila saya sedang beratur di kaunter pengawal sebelum memasuki ruang pemeriksaan keselamatan.

“Wanita ini kelihatan agak “cemas” menunjukkan skrin telefon bimbitnya kepada saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Menurut Ka Siong, akibat pelaksanaan polisi itu, penumpang wanita berkenaan mengadu ayahnya tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana tidak memiliki telefon bimbit (boarding pass) sedangkan urusan mengenai boarding pass telah dilakukan di telefon bimbit miliknya.

“Sedangkan pemeriksaan di kaunter penerbangan pula menjelaskan bahawa MAS tidak membenarkan perkongsian dua e-boarding pass dalam satu telefon yang sama.

“Syarikat Penerbangan AirAsia pun mengizinkan pelanggan mereka berbuat demikian dan dibenarkan berlepas,” katanya.

Bagaimanapun, Ka Siong berkata, selepas masalah itu diadukan kepada pegawai MAS, perkara itu akhirnya selesai dan ayah wanita berkenaan dibenarkan untuk berlepas bersama empat ahli keluarga lain.

Justeru itu, beliau menyarankan kepada pihak pengurusan MAS agar melakukan pembaikan SOP, bincang dengan pihak pengurusan Lapangan Terbang Senai dan Polis Bantuan agar kejadian ini tidak berulang.

“Bagaimana dengan warga emas yang memang buta huruf atau tidak memiliki telefon bimbit. Kenapa AirAsia boleh membenarkan 2 e-boarding pass di dalam satu telefon bimbit?
“Kenapa SOP MAS untuk e-boarding di LTS berlainan dengan KLIA Apakah logiknya?
“Kenapa selepas intervensi pegawai MAS, barulah penumpang yang terlibat dibenarkan menaiki pesawat? Apakah magiknya,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button