Berita Semasa

BlackBerry berhasrat buka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber yang pertama di rantau Asia Pasifik di Malaysia

PUTRAJAYA – Syarikat perisian terkenal dunia, BlackBerry berhasrat untuk membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik di negara ini.

Hasrat itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Wayne Robson serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

“Dalam pertemuan ini, Gianmatteo memaklumkan hasrat BlackBerry untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia. Ini termasuklah cadangan pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik.

“Saya nyatakan pendirian Malaysia untuk terus membuka peluang dan memudah cara pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook rasmi miliknya hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan kini sedang melakukan usaha bersepadu dalam menstruktur ekonomi supaya dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing.

Show More

Related Articles

Back to top button