Iran beri amaran Israel berdepan ‘medan pertempuran baharu’ sekiranya serangan ke atas Gaza tidak dihentikan
BEIRUT – Iran memberi amaran sekiranya serangan ke atas Gaza tidak dihentikan, Israel akan berdepan dengan “medan pertempuran baharu”.
Amaran tersebut dikeluarkan oleh Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian ketika kunjungannya ke Beirut, Lebanon, pada Khamis, lapor Times of Israel.
Memandangkan pencerobohan masih berlaku, beserta jenayah perang dan pengepungan ke atas Gaza, pembukaan (medan pertempuran) baharu adalah satu kemungkinan sebenar,” kata Hoeesein kepada pemberita sebaik ketibaannya.
Kenyataan Hossein difahamkan merujuk kepada kumpulan pejuang Hezbollah yang yang disokong Iran dan berpangkalan di Lebanon, yang kebelakangan ini semakin meningkatkan serangan roket dan peuluru berpandu terhadap rejim Zionis di utara Israel, tetapi masih belum menggerakkan anggota pejuangnya melintasi sempadan.
Awal Khamis, Hossein turut melawat Iraq dan mengeluarkan kenyataan yang sama sejurus perjumpaannya dengan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani.
Pihak Israel dan sekutunya masih belum dapat membuktikan sama ada Iran terlibat secara langsung dalam serangan kilat pejuang Hamas ke atas Israel pada Sabtu lalu.