Luar Negara

Jet pejuang Turkiye bedil kedudukan pemisah Kurdish

Susulan serangan bom bunuh diri di Ankara kelmarin

ANKARA – Jet pejuang Turkiye dilaporkan membedil beberapa sasaran pemisah Kurdish di utara Iraq susulan insiden bom bunuh diri di bangunan kerajaan di Ankara, kelmarin.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 20 sasaran kumpulan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) termasuk gua, tempat perlindungan dan depot dimusnahkan dalam operasi udara tersebut.

Pada masa yang sama, tentera Turkiye turut dilaporkan mempertingkatkan serangan udara di pangkalan PKK Iraq di Gara, Hakurk, Metina dan Qandil.

Serangan udara itu dilancarkan berlaku beberapa jam selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan bom berhampiran pintu masuk bangunan Kementerian Dalam Negeri di Ankara, dan mencederakan dua pegawai polis.

Penyerang kedua dilaporkan terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.

Menurut agensi berita ANF yang rapat dengan PKK, kumpulan pemisah itu mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Laporan itu menyebut, PKK sengaja merancang pengeboman itu bertepatan dengan pembukaan Parlimen dan mengaku serangan dilakukan oleh anggota pasukanya yang dikaitkan dengan Batalion Abadi.

Show More

Related Articles

Back to top button