Luar Negara

Pengawal sempadan Mesir cedera

Israel dakwa 'tidak sengaja' lepaskan tembakan

KAHERAH – Tujuh individu termasuk anggota pengawal sempadan Mesir didakwa cedera apabila sebuah kereta kebal rejim Zionis ‘tertembak’ pos kawalan di sempadan Mesir pada Ahad.

Tentera Israel mendakwa insiden itu “tidak disengajakan”.

Sementara itu, jurucakap tentera Mesir yang mengesahkan kejadian itu tidak mendedahkan jumlah anggota yang cedera.

Saksi melaporkan, mendengar letupan diikuti dengan bunyi ambulans yang dikerahkan dari pihak Mesir.

Penganalisis politik kanan Al Jazeera, Marwan Bishara berkata, insiden itu boleh merumitkan lagi hubungan Israel dan Mesir.

Jelasnya, ia membawa kepada amaran oleh Mesir kepada Israel bahawa rejim Zionis itu perlu meredakan pengeboman yang di Gaza.

Letupan tidak sengaja itu berlaku hanya beberapa jam selepas konvoi kedua trak bantuan memasuki bahagian Mesir di sempadan Rafah untuk menuju ke Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button