PM sampaikan khutbah di New York, pimpin syahadah selepas solat
NEW YORK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama menyampaikan khutbah solat Jumaat di Islamic Cultural Centre (ICCNY) di sini, semalam.
Anwar Ibrahim yang berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 78 menyampaikan khutbah di depan lebih 800 jemaah di masjid pertama di bandar metropolitan itu.
Di dalam khutbahnya, Anwar berkesempatan berkongsi pengalaman Malaysia menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Beliau turut menjelaskan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan bertepatan dengan kemajmukkan Malaysia dan memartabatkan budaya ilmu.
Perdana Menteri turut berkongsikan usaha kerajaan mencetak dan mengagihkan kira-kira 15,000 ke Sweden bagi memberi kesedaran umum mengenai Islam sekaligus menolak fahaman Islamophobia.
Sementara itu, imam masjid yang terletak berhampiran dengan tapak World Trade Centre itu, Saad Jalloh memaklumkan kehadiran Anwar sebagai kunjungan pertama pemimpin dunia.
Dalam pada itu, Anwar dalam catatannya di Facebook hari ini berkongsikan kegembiraan apabila diberi penghormatan mengiringi lafaz syahadah seorang lelaki bernama Andrew Vinals yang memeluk Islam selepas menunaikan solat Jumaat di situ.