[VIDEO] Kerjasama pusat, negeri pembangkang bergantung kepada sikap pimpinan – Anwar
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
Namun katanya, ia juga bergantung kepada sikap pimpinan mereka terhadap Kerajaan Pusat.
@malaysiatribune Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Jalan Tasik Selatan 2A Desa Tasik hari ini. #malaysiatribune #malaysiamadani #anwar #dsai #anwaribrahim
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, beliau menyerahkan kepada negeri berkenaan untuk meneruskan kerjasama atau sebaliknya.
“Terserah kepada sikap mereka, kalau mahu kerjasama, saya akan (pastikan) mereka mengikut kaedahnya. Ini bukan hanya dari segi kenyataan saja, tetapi (dari segi) tindakannya.
“Saya nak pastikan semangat tatekelola itu betul, jika mahu wang untuk orang miskin, bagi kepada orang miskin, jangan agihkan kepada lain, saya sangat tegaskan bab ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian setelah diminta untuk mengulas mengenai hubungan Kerajaan Perpaduan dengan tiga lagi negeri yang kini dikuasai pembangkang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini.
Pada PRN enam negeri itu, Perikatan Nasional (PN) telah berjaya mengekalkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.