Politik

Sokongan pada PN jauh lebih hebat dari PRU-15 – Zaidy Abdul Talib

SELAYANG – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Taman Templer, Zaidy Abdul Talib yakin gabungan PN akan mengambil alih pentadbiran negeri Selangor.

Keyakinan itu katanya berdasarkan sokongan lebih hebat yang disaksikan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang lalu.

Yang Dipertua Pas Selayang itu berkata, kejayaan PN memperoleh banyak kerusi pada PRU15 memberi petanda gabungan parti itu akan merampas semula Selangor.

“Kami cukup berkeyakinan , sebab sepanjang kempen saat-saat akhir semalam pun kita lihat sambutan yang sangat luar biasa.

“Jika PRU 15 PN dapat banyak kerusi di parlimen, kali ini sokongan lebih baik jadi kita jangka keputusan sangat baik dan berpihak kepada PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) Selayang Baru di sini hari ini.

DUN N15 Taman Templer menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Zaidy dengan Aida Nazeera Abd Rahman dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Anfaal Saari (PH).

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button