Politik

Amirudin Shari saman Sanusi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas kenyataan fitnah yang mengaitkannya dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Amirudin berkata, kenyataan fitnah itu diucapkan Muhammad Sanusi ketika program ceramah di Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra.

“Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah, dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal REE yang terpalit ke atas beliau, yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga kini.

“Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut. Malah, perkara ini telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, satu tindakan perundangan akan diambil segera terhadap Menteri Besar Kedah itu atas fitnah yang dilontarkan itu.

Dalam ceramah itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu mendakwa, Vincent Tan mahu mengadakan projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di Selangor.

Beritahunya, skandal membabitkan syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bagi projek di Sungai Klang itu akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor sekitar RM180 juta.

Show More

Related Articles

Back to top button